|
|
|
|
Adakah Transfer
Factor Disokong Oleh Sains?
Pada
tahun 1949, Dr. H.
Sherwood Lawrence telah membuat satu penemuan yang begitu bermakna.
Ketika membuat kajian mengenai penyakit TB, dia mendapati gerak balas
imun boleh dipindahkan dari penderma kepada penerima melalui injeksi
ekstrak sel darah putih. Dalam kajian lanjut beliau merumuskan ekstrak
tersebut mesti mengandungi "faktor" yang membolehkan imuniti penderma
dipindahkan kepada penerima. Dia menamakan faktor atau molekul tersebut
sebagai "transfer factor".
Berikutan dengan penemuan Dr. Lawrence, banyak kajian dijalankan
mengenai transfer factor. Mengikut pangkalan data Google
Scholar, dari tahun 1955
hingga sekarang (Mac 2011) terdapat lebih 27,600 kertas kerja
(papers) mengenai "transfer factor" yang diterbitkan dalam jurnal.
Mengikut Rita Elkins (2001), terdapat lebih 3,000 kajian klinikal dan
kertas kerja diterbitkan mengenai transfer factor dalam bentuk
pemakanan
tambahan atau suplemen (boleh dicari dalam Google
Scholar).
Pada lewat tahun 1989, dua orang penyelidik, Dr. Gary Wilson dan Dr.
Greg Paddock berjaya mencipta proses untuk mengekstrak transfer factor
dari susu awal lembu (kolostrum), dikeringkan dan dikapsulkan
untuk penggunaan manusia. Proses tersebut telah dipatenkan
(US Patent 4,816,563).
 |
Dalam
tahun 1999,
kajian-kajian
klinikal yang dijalankan di serata dunia telah mengesahkan
bahawa suplemen transfer factor berkesan dan
selamat untuk dimakan.
Transfer Factor telah disenaraikan sebagai pemakanan
tambahan dalam Buku Rujukan Doktor Amerika, buku yang mengandungi
maklumat yang sah di sisi undang-undang untuk para doktor menulis
preskripsi.
|
 |
Kementerian
Kesihatan
dan Pembangunan Sosial Persekutuan Russia (2004), menguji keberkesanan
penggunaan Transfer Factor dalam imunorehabilitasi berikutan penyakit
somatik dan inflamasi-berjangkit. Laporan kajian tersebut dimasukkan
dalam dokumen yang dipanggil Methodological Letter.
Dokumen tersebut mengandungi antara lain keputusan ujian ke atas
pesakit Hepatitis, jangkitan klamidial, osteomielitis, terapi
imunorehabilitasi jangkitan HIV, pesakit onkologi, dan banyak lagi. Methodological Letter juga
mengandungi pengesyoran bagaimana menggunakan Transfer Factor dalam
amalan perubatan.
|
KLIK
DI SINI UNTUK MEMBUAT PESANAN
|
|