Info Kesihatan Kenapa Setiap Orang Perlukan Transfer Factor
Kanser; Punca, jenis
dan rawatan
Sistem Imun:
Pelindung Kesihatan Anda
Sakit Jantung:
Kolesterol Puncanya?
Perlukah Kita Ambil
Makanan Tambahan?
Minum Air: Cukup 8
Gelas Sehari?
Radikal
Bebas, Penyakit dan Penuaan
Anda Masih
Ingin Merokok?
Mitos
Permakanan Sihat
Antioksidan dan
Kesihatan Anda
|
Ini mungkin info
kesihatan yang paling penting anda pernah jumpa. Anda akan mengetahui
rahsia untuk mengekalkan atau memperolehi kembali kesihatan dan kesejahteraan.

Transfer FactorTM
Cara Semulajadi Untuk
Memperkasakan Sistem Imun
Bagi Melawan Serangan Penyakit
Transfer Factor mewakili paradigma baru dalam pemakanan dan penjagaan kesihatan.
Ia merupakan bahan asli yang paling menakjubkan dan memberansangkan di antara bahan asli
terkenal. Selepas 50 tahun penyelidikan dan lebih 3,000 kajian saintifik, akhirnya Transfer Factor kini
boleh diperolehi oleh orang ramai termasuk di Malaysia. Beratus-ratus saintis dan profesional perubatan
terkenal dan dihormati di peringkat antarabangsa mengesahkan keberkesanan dan keselamatan
Transfer Factor.
Transfer Factor bukan vitamin, mineral, herba, hormon atau dadah (ubat). Transfer Factor tidak mengandungi
benda-benda asing, toksin atau membahayakan. Ia adalah protein kecil yang
"memindahkan" keupayaan untuk membina imuniti dari penderma yang mempunyai
imuniti kepada penerima yang tidak mempunyai imuniti. Beginilah cara bayi yang baru
dilahirkan memperolehi imuniti mereka. Ketika baru dilahirkan, sistem imun bayi masih muda
dan kurang berpengalaman. Dalam persekitaran yang baru, sistem imun bayi tidak akan mampu
melawan organisma mikro yang datang menyerang dan dia akan menghadapi maut. Tindakan perlu
diambil untuk mendidik sistem imun bayi agar dapat mengenali organisma mikro yang
datang menyerang dan mengambil tindakan sewajarnya. Tuhan yang Maha Pencipta telah
menetapkan prosedur yang diperlukan dan Transfer Factor adalah kunci dalam proses tersebut.
Proses bermula dengan bayi diberi susu pertama ibu yang dikenali sebagai kolostrum.
Kolostrum bukan hanya mengandungi nutrien, ia juga mengandungi Transfer Factor. Transfer Factor dari sistem imun
yang telah matang dan berpengalaman milik si ibu akan memindahkan keupayaan membina
imuniti kepada sistem imun si anak. Transfer Factor juga memindahkan maklumat mengenai organisma mikro
yang boleh mendatangkan penyakit dari sistem imun si ibu (penderma) kepada sistem imun si
anak (penerima). Ini adalah proses semulajadi (ciptaan Allah) yang amat menakjubkan, ia
membuat sistem imun bayi menjadi kuat dan cerdik lantas mampu mempertahankan diri dari
serangan berjuta-juta organisma mikro. Susu formula tidak mengandungi Transfer Factor, oleh itu bayi
yang diberikan susu formula selalunya mudah terkena alergi dan mempunyai tahap kesihatan
yang tidak baik. Oleh yang demikian, ibu-ibu adalah digalakkan untuk menyusukan bayi
mereka dengan susu mereka sendiri. Susu yang pertama keluar, yang
seperti krim, mengandungi Transfer Factor yang paling banyak.
Namun begitu sistem imun menjadi semakin kurang efektif apabila usia kita semakin
meningkat dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai kajian
saintifik telah mengesahkan perkara ini. Antara penyebab utama adalah kekurangan nutrien,
tabiat makan yang buruk, pencemaran udara dan air, tekanan dll. (Klik di sini untuk maklumat lanjut).
Keberkesanan sistem imun perlu ditingkatkan dan maklumat mengenai organisma mikro baru
perlu dibekalkan kepadanya jika kita ingin kekal sihat. Transfer Factor TM keluaran 4Life ResearchTM, yang diekstrak dari kolostrum lembu,
mampu bertindak sebagai modulator kepada sistem imun manusia dan lain-lain spesis seperti
binatang peliharaan. 4Life ResearchTM
telah mempatenkan teknologi untuk mengenali Transfer Factor dalam kolostrum dan mengekstraknya
(No. Paten US 4,816,563). Sebagai modulator, Transfer Factor berupaya mempertingkatkan kemampuan
sistem imun melawan serangan musuh.
Keupayaan Transfer Factor dianggap oleh ramai pakar kesihatan sebagai penemuan yang paling
menakjubkan dalam sejarah imunologi dan pecegahan penyakit. Untuk menilai manfaat besar
yang Transfer Factor dapat berikan kepada anda dan keluarga anda, cuba tanya soalan berikut:
- Adakah anda selalu mendapat selsema dan sakit tekak?
- Adakah anda atau ahli keluarga anda sedang berhadapan dengan infeksi kronik?
- Adakah sesiapa dalam keluarga anda mempunyai kanser?
- Adakah anda ingin membuat keluarga anda berupaya melawan penyakit dengan sokongan imun
canggih untuk seumur hidup?
- Adakah anda ingin memendekkan tempoh infeksi tanpa bergantung kepada antibiotik?
- Adakah anda mencari kemungkinan ada pemakanan tambahan yang begitu canggih dalam cara ia membantu
melawan penyakit?
|
Dipaparkan pendapat beberapa pakar kesihatan mengenai Transfer Factor TM:
"Tidak syak lagi Transfer Factor TM merupakan penemuan
terpenting dalam bidang kesihatan sejak penemuan penisilin dalam tahun 1928 dan vaksin
polio dalam tahun 1952. Ia merupakan langkah berikut dalam evolusi sains pemakanan. Kesan
nutrien ini ke atas sistem imun tiada tolok bandingnya "
- Rob Robertson Jr., M.D.
Bekas Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kecemasan, Hospital Western
Baptist,
Paducah, K.Y., USA. |
"Transfer Factor merupakan satu pencapaian terbaik dalam
bidang penjagaan kesihatan sejak beberapa dekad yang lepas. Kami sedang mengkaji kesemua
kemampuan Transfer Factor. Rawatan semulajadi atau rawatan alternatif seperti Transfer
Factor merupakan gelombang masa hadapan."
- Victor Tutelian, MD, PhD, MPH.
Ketua Setiausaha Saintifk, Akademi Sains Perubatan Russia (RAMS);
Pengarah,
Institut Pemakanan RAMS, Russia. |
"Imuniti yang dibekalkan oleh Transfer Factor
kekal lama dan boleh menolong mereka yang menderitai berbagai jenis penyakit atau mereka
yang ingin kekal sihat sejahtera tanpa mengira peringkat umur."
- Richerd Bennett, PhD.
Pakar Imunologi dan Pakar Mikrobiologi Penyakit Berjangkit.
Penasihat kepada FDA dan USDA. |
Kunci kepada kesihatan berkekalan adalah memperkasakan pertahanan sistem imun. Sebelum
kita mengambil apa-apa langkah, kita perlu terlebih dahulu memberi perhatian kepada
imuniti. Jadi, sebelum anda mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk mempertingkatkan
kesihatan anda, mulakan dengan sokongan imun.
"Dalam 43 tahun pengalaman
saya sebagai doktor perubatan, saya tidak pernah berjumpa dengan produk farmaseutikal atau
nutraseutikal seperti Transfer Factor yang mampu membantu orang ramai pulih
dari penyakit atau mengekalkan kesihatan. Memandangkan kawan-kawan dan ahli keluarga saya
mendapat manfaat dari penggunaan Transfer Factor, saya bertekad untuk berkongsi Transfer
Factor dengan sesiapa sahaja dan di mana jua."
- Dr. C.K. Foo, M.D. Doktor Perubatan. |
Ujian Makmal Bebas
Dalam bulan Februari 1999, Jurnal Pertubuhan Nutraseutikal Amerika menerbitkan hasil
kajian ke atas 196 produk atau campuran produk asli, dipilih dari 400 produk yang telah
diuji keupayaan masing-masing meningkatkan aktiviti sel Natural Killer (NK). Di
bawah adalah 12 produk teratas dalam senarai:

| A - Noni |
D - Formula Phytonutrien |
G - Cendawan Shiitake |
J - IP-6 |
| B - Aloe Vera |
E - Kolostrum Lembu |
H - Echinacea |
K - Transfer Factor Klasik |
| C - Formula Endocrine |
F - Formula Cordeceps |
I - Polysacharide Tumbuhan |
L - Transfer Factor Plus |
Adakah Transfer Factor Disokong oleh Data Saintifik
Sehingga kini terdapat lebih dari 3,000 kajian saintifik dijalankan ke atas Transfer
Factor oleh beratus-ratus penyelidik dan saintis dari lebih 70 buah negara. Kajian-kajian
tersebut dibentangkan di Simposium Antarabangsa Mengenai Transfer Factor yang telah
berpuluh kali diadakan di serata dunia. KLIK DI SINI untuk melihat
sebahagian dari kajian berkenaan.
Keselamatan Transfer Factor
Transfer Factor mempunyai rekod keselamatan yang cemerlang. Penyelidik memberi dos
beratus kali ganda lebih dari dos yang disyorkan kepada sukarelawan. Dari pemerhatian yang
dibuat, tidak terdapat sebarang kesan buruk atau kesan sampingan negatif.
Pengesahan Perubatan
 |
Transfer Factor PlusTM dan Transfer Factor CardioTM tersenarai dalam Physicians' Desk
Reference (PDR) 2003 for Nonprescription Drugs and Dietary Supplement! Buku ini
menjadi rujukan kepada doktor di Amerika ketika menyediakan preskripsi kepada pesakit. Produk
Transfer FactorTM,
sebagai modulator sistem imun, telah diluluskan pengunaanya di hospital dan klinik
di seluruh Russia. Keputusan bagi sepuluh ujian klinikal berasingan dan dua eksperimen
digabungkan dalam Dokumen Metodologikal. Dokumen tersebut telah diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan Rusia, yang kini membenarkan para doktor menasihatkan pesakit mereka
supaya mengambil produk Transfer FactorTM
dan Transfer Factor PlusTM. |
Kuasai Kesihatan Anda
Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi
menyokong dan memperkuatkan sistem imun. Kepincangan sistem imun telah menjadi sesuatu
yang sangat diambil berat. Penggunaan bahan seperti Transfer Factor boleh memberi
sumbangan besar kepada kekuatan imun, yang kemudiannya menentukan kualiti kesihatan kita
dan akhirnya kehidupan kita.
Kesimpulan
Transfer Factor akan menjadi penemuan yang paling menakjubkan dalam bidang
imunologi sehingga kini. Ketika tirai Abad Ke-21 sedang terbuka, molekul halus ini (Transfer Factor)
akan memegang kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan. Sekiranya anda berminat untuk
mengikuti teknologi terkini dalam penjagaan kesihatan, Transfer FactorTM sepatutnya berada di kedudukan
teratas dalam senarai pemakanan tambahan anda.
Transfer FactorTM
kini boleh diperolehi di Malaysia. Untuk maklumat ciri-ciri utama, klik DI SINI. Untuk memesannya dari 4Life Research Malaysia Sdn. Bhd. KLIK DI SINI.
Terima kasih & Salam,

(Wan Ibrahim Yusoff)
Pengedar Bebas,
4Life Research Sdn. Bhd. Malaysia.
FREE Testimonial & TF Booklet | Perolehi TF Secara "Percuma" | Peluang Perniagaan | Lesen Jualan Langsung
| Sijil Halal
|